Ini Rahsia Adele Turunkan Berat Badan Sehingga 45 Kilogram

ini  rahsia adele turunkan berat badan sehingga 45 kilogram

Penyanyi yang pernah memenangi Album Of The Year Anugerah Grammy, Adele, baru-baru ini telah muncul dengan imej yang lebih langsing. Kemunculan itu telah mengejutkan ramai pihak terutama peminatnya.

Menurut laporan US Weekly, Adele telah menurunkan beratnya hingga 45 kilogram (kg). Perkara tersebut membuatkan ramai yang bertanya macam mana Adele boleh lakukan perkara tersebut.

Berdasarkan laporan itu juga, Adele telah mengupah seorang jurulatih peribadi yang sebelum ini pernah berkhidmat untuk Jennifer Lawrence. Selain itu, dia melakukan senaman kardio sebanyak tiga kali seminggu.

Adele juga dikatakan telah mengamal diet Stirfood Diet. Cara ini memfokuskan makanan yang mempunyai kalori yang rendah, berprotein tinggi disamping melebihkan buah-buahan dan jus.

Diet ini juga masih membenarkan pengamalnya untuk mengambil makanan yang sering mereka makan seperti coklat dan kopi.

Sumber: Astro Awani