Cengkerik Ini Diberi Nama Perdana Menteri New Zealand Sebab Ada Persamaan

Satu spesis cengkerik raksasa telah ditemui oleh para penyelidik dari New Zealand dan memberikan namanya bersempena dengan nama Perdana Menteri mereka, Jacinda Arden.

cengkerik ini diberi nama perdana menteri new zealand sebab ada persamaan
 
Spesis cengkerik bernama Hemiandrus Jacinda itu juga dikatakan mempunyai ciri-ciri yang sama dengan perdana menteri wanita itu, membuatkan ia diberi penghormatan untuk diletakkan nama sedemikian.

cengkerik ini diberi nama perdana menteri new zealand sebab ada persamaan
 
Menurut portal The Guardian, cengkerik terbabit memiliki warna badan merah, sama seperti warna rasmi parti politik pimpinan Jacinda Arden iaitu Parti Buruh.

cengkerik ini diberi nama perdana menteri new zealand sebab ada persamaan
 
Malah, spesis cengkerik itu juga dianggap cantik kerana warnanya lebih terang jika dibandingkan dengan 17 spesis cengkerik lain yang pernah ditemui sebelum ini.


Cengkerik raksasa Jacinda ditemui dalam hutan semulajadi di Northland, Bay of Plenty, Waikoto dan Coromandel di North Island.


Penemuan cengkerik raksasa Jacinda juga telah diterbitkan dalam jurnal Zootaxa baru-baru ini.
 
 
Sumber: The Guardian