Hadapi Anxiety, Caprice Tidak Putus Asa Capai ‘Kejayaan’ Sebenar

Mula membina nama dalam industri hiburan sebagai seorang rapper, Ariz Ramli ataupun nama yang lebih dikenali Caprice sering bersuara di media sosial mengenai isu semasa. 

hadapi anxiety, caprice tidak putus asa capai ‘kejayaan’ sebenar

Suara Caprice seringkali diterima, disukai dan disokong khalayak ramai namun ada masa suaranya akan terima tentangan dan kecaman hebat daripada warganet. 

Erti kejayaan bagi Caprice bukan dilihat dari segi kemasyhuran atau kekayaan, bagi Caprice erti kejayaan yang sebenar bagi dirinya adalah jika dia dapat mengubah kehidupan seseorang ke arah lebih baik. Kejayaan bagi Caprice, impak yang dia boleh lakukan untuk mengubah kehidupan seseorang untuk menjadi lebih baik.

hadapi anxiety, caprice tidak putus asa capai ‘kejayaan’ sebenar

Daripada dunia hiburan beralih menjadi seorang usahawan dan sering memberi ucapan motivasi kepada anak-anak muda, anak seni ini mengaku bahawa dirinya turut menghadapi ‘anxiety’. 

Mengalami anxiety dan diagnosis dengan ‘acute depression’ sejak berusia 17 tahun, Caprice berkongsi kisah lebih dalam mengenai punca dan titik permulaan dirinya menghadapi anxiety pada usia muda.

Dengarkan lebih lanjut mengenai perjalanan hidup Caprice hanya di Confession Bilik Gelap

Confession Bilik Gelap ini merupakan podcast eksklusif hanya di aplikasi SYOK. Confession Bilik Gelap akan membawa para pendengar larut dalam kisah benar peristiwa kejatuhan dan kebangkitan wira dan wirawati kehidupan.

Anda boleh mendengar Confession Bilik Gelap di aplikasi SYOK atau boleh klik di link sini untuk mendengar kisah benar figura-figura hebat tanah air. 

Jika anda ingin info lebih lanjut, boleh mengikuti perkembangan terkini di Instagram @syokcast.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SYOKcast (@syokcast)

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SYOKcast (@syokcast)