Azizulhasni Awang terus mencipta sejarah tersendiri apabila memenangi acara pecut lelaki individu di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2020. Pencapaian itu sekali gus mengiktiraf anak kelahiran Terengganu ini sebagai Raja Pecut Asia.
Dalam penentuan pingat tersebut, Azizul telah bertemu dengan pelumba dari Peun, Yuta Wakimoto dengan 2-1. Pada awalnya, pelumba yang dikenali sebagai The Pocket Rocketman ini tewas pada pusingan pertama. Namun, dia kembali bangkit pada pusingan kedua dan menjuarai pusingan ketiga.
Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2020 telah berlangsung di Korea Selatan pada 17 hingga 21 Oktober yang lalu
Sumber: Astro Awani