6 Sikap Pemandu Yang Boleh Buat Jantung Gugur!

Artikel ini ditaja oleh Honda Malaysia

6 sikap pemandu yang boleh buat jantung gugur!

Kredit: jcomp/Freepik.com

Tak kiralah sebelum PKP ke selepas PKP ke, ada segelintir pemandu di Malaysia ni memang jenis ikut suka hati diorang je masa memandu di jalan raya. Semua etika memandu yang dipelajari masa kursus belajar memandu dulu hanya tinggal kenangan manis.

6 Sikap Pemandu Yang Boleh Buat Jantung Gugur! 

Kalau korang seorang pemandu dan sering memandu, tak kisahlah kat highway, jalan biasa, atau jalan kampung ke, confirm korang pernah berdepan dengan enam sikap pemandu ni yang boleh buat jantung gugur:

#1 Keluar simpang tak tengok kanan kiri 

Main redah je keluar. Macam ada 9 nyawa je spesies pemandu macam ni.

#2 Tak bagi signal 

Ini selalu terjadi kan? Kita ingat dia nak terus, rupa-rupanya dia membelok. Adoi! Ingat kita boleh baca fikiran dia macam Professor X  ke?

#3 Bagi signal last minute atau kereta depan berhenti tiba-tiba sampai kita kena tekan brek kuat-kuat 

Tengah laju boleh pulak dia pergi corner atau brek mengejut di tengah jalan, terpaksa cepat-cepat tekan brek. Jangan kena langgar kereta dari belakang sudahlah.

#4 Kereta di belakang terlalu laju, siap high-beam dan tailgate nak suruh kita ke tepi 

Biasanya terjadi di lorong paling kanan kat jalan raya. Walaupun kelajuan kita mengikut speed limit, boleh pulak kereta belakang meluncur macam kat litar F1. Siap bagi high-beam dan ikut kereta kita rapat-rapat lagi!

#5 Tukar lorong secara tiba-tiba dan mengejut 

Ni satu lagi. Boleh tak plan dan beri signal awal-awal sebelum tukar lorong? Paling risau kalau ada motosikal di kiri jalan raya.

#6 Suka tekan hon 

Penggunaan hon mestilah beretika dan sebaiknya digunakan bila perlu je. Tapi ada sesetengah pemandu yang panas baran atau tak reti bersabar asyik nak berhon-hon je. Eee geram!

Bukan senang nak memandu dengan bermacam-macam perangai orang yang kita kena hadap setiap hari. Tak kira betapa penuh berhati-hatinya kita, belum tentu pemandu lain pun sama. Kalau bawa satu keluarga dalam kereta lagilah kita kena sentiasa alert demi keselamatan mereka.

Kalau korang dah berkeluarga, semestinya korang prefer kereta yang ada banyak ciri keselamatan selain keselesaaan, kan? Buat korang yang tengah plan nak beli kereta baru, apa kata korang check out Honda City V-SENSING yang ohsem gila ni?

 6 sikap pemandu yang boleh buat jantung gugur!

Kredit: Honda Malaysia

Honda City V-SENSING sebuah kereta yang amat selesa dan dilengkapi banyak ciri keselamatan yang canggih sesuai untuk yang berkeluarga 

Honda City V-SENSING ni menawarkan pelbagai ciri keselamatan yang canggih dan juga selesa dipandu atau dinaiki seisi keluarga. Ni empat ciri terhebat yang terdapat pada Honda City V-SENSING ni yang korang kena tau:

#1 Enjin 1.5L DOHC i-VTEC  

6 sikap pemandu yang boleh buat jantung gugur!

Kredit: Honda Malaysia

Enjin ni ialah enjin yang paling berkuasa dalam kelasnya dengan prestasi tinggi dan kecekapan dalam setiap pemanduan untuk keselesaan korang sekeluarga.

#2 Meter TFT 7’’ baharu (paparan instrumen digital TFT tujuh inci)

6 sikap pemandu yang boleh buat jantung gugur!

Kredit: Honda Malaysia

Meter baharu ni ialah satu set besar meter kanta berkembar yang memaparkan pelbagai maklumat pemanduan dan kereta yang membolehkan korang beroperasi dengan mudah dari stereng.

#3 Honda SENSING dengan 7 Ciri Keselamatan Canggih 

6 sikap pemandu yang boleh buat jantung gugur!

Kredit: Honda Malaysia

Bagi Honda SENSING, terdapat tujuh ciri yang canggih dan hebat, termasuklah Amaran Keluar Lorong, Sistem Mitigasi Keluar Dari Jalan, Sistem Bantuan Kekal Lorong, Sistem Amaran Perlanggaran Hadapan, Lampu Tinggi Auto, Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran, dan Kawalan Pemanduan Adaptif.

Ciri-ciri ini penting terutamanya dalam berhadapan dengan para pemandu yang memandu sesuka hati di jalan raya. Iyalah, kita dah berhati-hati, tetapi ekstra perlindungan ini membuatkan kita rasa lebih selamat, kan?

#4 Kargo 519L 

6 sikap pemandu yang boleh buat jantung gugur!

Kredit: Honda Malaysia

Ruang kargo boot kereta sebesar 519L memberi korang ruang yang cukup luas untuk mengemas, mengisi dan menyusun pelbagai barangan dengan mudah dan selamat, tidak kira sama ada korang pergi membeli-belah atau bercuti.

6 sikap pemandu yang boleh buat jantung gugur!

Kredit: Honda Malaysia

Gila canggih kan Honda City V-SENSING ni? Lepas ni korang dah tak perlu stress dan risau sangat bila kat jalan raya (tapi kenalah kekal berwaspada juga). Dan kitorang ada berita baik untuk korang semua: kalau korang booking sekarang, korang bakal menikmati diskaun SST tau!

Kereta Honda City V-SENSING ini boleh didapati pada harga bawah RM100,000! Jadi, tunggu apa lagi? Cepat pergi ke showroom pengedar sah Honda yang terdekat untuk info lanjut. Selain tu, korang juga boleh layari laman web rasmi Honda Malaysia.