Yoo Jae Suk Kongsi Perkembangan Song Ji Hyo Yang Kuarantin Kendiri

Bintang Running Man, Yoo Jae Suk berkongsi sedikit sebanyak mengenai perkembangan Song Ji Hyo dan Jun So Min yang tidak dapat menghadiri penggambaran program tersebut baru-baru.

yoo jae suk kongsi perkembangan song ji hyo yang kuarantin kendiri

Dalam episod yang ditayangkan ke udara pada 6 Februari lalu, kata Jae Suk, “So Min masih menjalani pembedahan dan akan keluar dari hospital hari ini (hari rakaman). Ji Hyo belum diberi vaksin, jadi dia kuarantin kendiri.”

Tambah Jae Suk, tempoh kuarantin Ji Hyo sepatutnya berakhir lusa (dari tarikh rakaman) iaitu selepas dia beroleh keputusan ujian PCR terakhirnya.

“Saya menelefonnya, tetapi dia berkata bahawa dia benar-benar menikmati kuarantin diri,” kata Jae Suk.

HaHa kemudian mencelah, “Saya juga menghubunginya untuk bertanya sekiranya dia baik-baik saja, tetapi dia berkata dia sangat gembira.”

Jae Suk kemudian berkata bahawa Ji Hyo akan menelefonnya sekali sehari sementara So Min pula dua kali sehari, iaitu pada waktu pagi dan petang sepanjang tempoh pemulihannya itu.

 

Sumber: [1]