Wow! Doktor Ni Cipta Tudung Pakai Buang Untuk Guna Dalam Dewan Bedah!

Bukan senang nak sesuaikan diri di sesuatu tempat dengan budaya dan latar belakang yang berbeza. 

Tapi, apa yang dilakukan oleh Dr Farah Shaheera Roslan yang kini jalani latihan dalam pasukan bedah di UK betul-betul memberi inspirasi buat kita semua! 

wow! doktor ni cipta tudung pakai buang untuk guna dalam dewan bedah!

Baru-baru ni, Dr Farah terima pengiktirafan NHS Leadership Academy Award dan turut dicalonkan untuk British Muslim Award kerana cipta tudung pakai buang untuk digunakan di dalam dewan bedah! Wowww! 

wow! doktor ni cipta tudung pakai buang untuk guna dalam dewan bedah!

wow! doktor ni cipta tudung pakai buang untuk guna dalam dewan bedah!

Idea itu tercetus apabila Dr Farah pernah dikeluarkan dari dewan bedah sebab tahap kebersihan selendang yang dipakainya diragui untuk masuk ke dalam dewan bedah.

Jangan pelik, sebab itu antara SOP di dewan bedah bagi sesetengah hospital di luar negara untuk menjaga aspek kebersihan.

Tak mahu perkara itu jadi penghalang untuk dia teruskan cita-cita sebagai pakar bedah, Dr Farah cipta tudung yang diperbuat daripada bahan legap, mudah bernafas, boleh diguna semula dan mudah dipakai semasa di dalam dewan bedah. 

Ciptaan tu sekaligus dapat bantu lebih ramai doktor dan pelajar Islam yang sukar memakai hijab di OT. 

Kejayaan Dr Farah ni bukti bahawa kita boleh berjaya tanpa meminggirkan agama dan jati diri yang dipegang. 

Tahniah Dr Farah! 

P/S : Tan Sri Dr Noor Hisham pun ada kongsi tentang kejayaan Dr Farah ni dekat Facebook sebagai inspirasi buat semua masyarakat. 

wow! doktor ni cipta tudung pakai buang untuk guna dalam dewan bedah!

Oleh: Izzati Amir