Netizen Terhibur Lihat Gelagat Woody Harrelson Jadikan Durian Sebagai 'Breakfast'!

Siapa nak sangka, babak durian yang muncul dalam filem Hollywood, ‘The Man from Toronto’, baru-baru ini akan mencuit hati ramai rakyat Malaysia!

netizen terhibur lihat gelagat woody harrelson jadikan durian sebagai 'breakfast'!

Menerusi entri video yang dimuat naik di akaun Instagram Netflix Malaysia, pelakon veteran Woody Harrelson yang membintangi filem itu dilihat menjadikan durian goreng sebagai sarapan paginya!

Babak itu memaparkan pelakon yang pernah merangkul Anugerah Emmy itu, memotong durian lalu mengambil beberapa ulas buah tersebut untuk dicelup dengan tepung dan digoreng.

Dengar kata ia bukanlah satu-satunya babak yang memaparkan durian dalam filem tersebut.

Yang pasti, ramai netizen terkedu dan hilang kata-kata melihat pelakon yang pernah muncul dalam filem ‘Venom: Let There Be Carnage itu’  membuat durian untuk sarapan pagi.

‘The Man from Toronto’ merupakan sebuah filem komedi aksi yang dibintangi barisan pelakon popular, Kevin Hart dan Woody Harrelson.

Filem arahan Patrick Hughes itu mengisahkan seorang pengajar sukan yang dianggap pembunuh upahan paling berbahaya selepas memasuki bilik kabin yang salah.


Sumber: [1]