WHO Masih Sarankan Kuarantin 14 Hari

Walaupun kebanyakan pesakit pulih dalam tempoh lima hingga tujuh hari sejak diketahui simptom COVID-19, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) masih mengesyorkan kuarantin 14 hari.

who masih sarankan kuarantin 14 hari

Menurut Abdi Mahamud selaku Pasukan Sokongan Pengurusan Insiden COVID-19 WHO, negara perlu membuat keputusan berkenaan tempoh kuarantin berdasarkan situasi masing-masing.

Di negara yang mencatat jangkitan rendah, tempoh kuarantin yang lebih lama boleh membantu mengekalkan bilangan kes serendah mungkin, jelasnya.

Tetapi, di negara yang kes tidak dapat dikawal, tempoh kuarantin yang lebih singkat mungkin wajar untuk memastikan aktiviti harian negara tidak terjejas.

Dalam pada itu, Andi turut menerangkan tentang varian Omicron yang kini ligat menular dalam komuniti di kebanyakan negara.

“Walaupun kajian terkini semuanya menunjukkan fakta bahawa varian Omicron memberi kesan kepada bahagian atas sistem pernafasan dan bukannya paru-paru, yang merupakan berita baik, individu berisiko tinggi dan belum divaksin masih boleh mendapat sakit yang teruk daripada varian itu,” katanya.

Lanjutnya, varian terbabit boleh mengatasi strain lain dalam masa beberapa minggu, terutamanya di kawasan yang mempunyai sejumlah besar orang yang mudah terdedah terutamanya mereka yang tidak divaksin.

Menurut beliau, di Denmark kes varian Alpha mengambil masa dua minggu untuk meningkat dua kali ganda sementara varian Omicron hanya mengambil masa dua hari.

 

Sumber: [1]