Elak Sekolah Ditutup Lama, WHO Cadang Ujian Saringan Jadi Rutin

Bagi meneruskan sistem pendidikan dengan lebih lancar dan efisyen, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan supaya ujian saringan COVID-19 dilakukan di sekolah secara rutin, meskipun tiada yang rekod kes jangkitan.

elak sekolah ditutup lama, who cadang ujian saringan jadi rutin

Menurut WHO, jika sebelum ini ujian saringan hanya dibuat selepas muncul kluster jangkitan COVID-19, mereka percaya ujian Reverse Transcriptase-​Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) perlu dilakukan terhadap pelajar dan guru biarpun tiada kes jangkitan direkodkan.

elak sekolah ditutup lama, who cadang ujian saringan jadi rutin

Pengarah WHO bagi Eropah, Hans Kluge berkata penutupan sekolah akibat pandemik COVID-19 jelas memberi kesan yang teruk kepada sistem pendidikan, sosial dan kesihatan mental para pelajar.

 

“Kita tidak boleh benarkan pandemik Covid-19 ‘merompak’ pendidikan dan pembangunan kanak-kanak.

“Ujian saringan di sekolah boleh membantu pengurangan kadar jangkitan dan mengelak daripada sekolah terus ditutup pada masa akan datang,” katanya.

 

Sumber: Times