Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO kini sedang dalam usaha menukar nama baharu bagi virus cacar monyet.
Dengan kerjasama rapat pakar-pakar kesihatan, ia dibuat susulan penulisan lebih 30 saintis pada minggu lalu mengenai keperluan mendesak untuk nama yang tidak mendiskriminasi dan tidak memberikan stigma kepada penyakit itu.
.
Menurut mereka, kenyataan bahawa virus itu adalah berasal dari Afrika adalah tidak tepat dan juga bersifat diskriminasi.
.
Setakat ini, lebih 1,600 kes cacar monyet dikesan di seluruh dunia sejak beberapa minggu kebelakangan ini. Malah, 72 kes kematian turut dicatatkan di negara yang mana cacar monyet sudah menjadi endemik. Bagaimanapun tiada kematian dicatatkan di 32 negara yang baru terjejas.
Ekoran itu juga, WHO akan mengadakan mesyuarat tergempar pada minggu depan bagi menentukan dan mengklasifikasikan wabak cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan.
.
“Atas sebab itu saya memutuskan untuk memanggil Jawatankuasa Kecemasan di bawah peraturan kesihatan antarabangsa pada minggu depan untuk menilai sama ada wabak ini merupakan kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan seluruh dunia atau tidak,” demikian Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.
.
Sumber: [1]