Warung Pak Jabit, Bingkisan Terakhir Mamat Khalid Sebelum Berangkat Ke Negeri Abadi

Pemergian pengarah berpengaruh, Mamat Khalid sememangnya suatu kehilangan besar yang dirasai ramai, lagi-lagi mereka yang sentiasa mengikuti rapat setiap satu hasil karyanya.

warung pak jabit, bingkisan terakhir mamat khalid sebelum berangkat ke negeri abadi

Sepanjang hayatnya, nama Mamat Khalid amat sinonim dengan pelbagai filem popular arahannya seperti Hantu Kak Limah, Man Laksa, Zombie Kampung Pisang dan banyak lagi.

Allahyarham juga sempat menjalani penggambaran sebuah rancangan masakan terbitan Astro Gempak, Warung Pak Jabit pada September lalu.

Rancangan tersebut juga menampilkan anaknya, Adam Khalid serta barisan Kampung Pisang lain yang diminati ramai.

Program tersebut merupakan arahan Allahyarham yang mana beliau turut tampil memasak di hadapan kamera, berbeza dengan penglibatannya sebelum ini hanya berada di belakang tabir.

Terdahulu Allahyarham Mamat Khalid disahkan meninggal dunia pada 12.30 tengah malam Ahad lalu di Hospital Slim River, Perak akibat serangan jantung.

Allahyarham meninggalkan isteri, Hasmah Hassan serta lima orang anak.

 

Sumber: [1]