Seorang budak lelaki berbangsa Cina telah mencuri perhatian ramai selepas dia dilihat bertutur dalam bahasa Tamil dengan lancar.
![warganet teruja dengar anak cina fasih berbahasa tamil [video]](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/screenshot-2023-09-13-at-1-27-31-pm.png)
Dikenali sebagai Kai Kai, kanak-kanak itu mencuri perhatian menerusi akaun TikTok @kartik_suresh yang juga merupakan jirannya.
Dalam satu video yang dikongsi, Kai Kai kedengaran bercakap bersama Kartik dalam bahasa Tamil dengan cukup fasih semasa mereka sedang menyediakan hidangan manisan bersama-sama.
![warganet teruja dengar anak cina fasih berbahasa tamil [video]](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/screenshot-2023-09-13-at-1-26-51-pm.png)
Turut kelihatan kanak-kanak itu bercakap bersama ibu Kartik yang dipanggil sebagai Amma.
Untuk info, Kai Kai yang terdiri daripada dua orang adik beradik adalah satu-satunya yang kelihatan rapat dengan keluarga jirannya itu. Hubungan rapat mereka terjalin sejak dari kecil lagi ketika ibu Kartik menjadi pengasuhnya dahulu.
![warganet teruja dengar anak cina fasih berbahasa tamil [video]](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/screenshot-2023-09-13-at-1-27-17-pm.png)
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet teruja melihat kepada keakraban dua keluarga ini dan turut berasa cemburu melihat hubungan rapat mereka.
Sumber: TikTok (@kartik_suresh)