Wanita Jepun Dilarang Memakai Cermin Mata Ke Pejabat

Mana tak kecoh bila ramai yang tak puas hati dengan larangan memakai cermin mata di pejabat hanya dikenakan ke atas wanita sahaja.

Beberapa hari lepas hashtag #glassesareforbidden trending Twitter, di mana wanita di Jepun mempertahan hak mereka untuk memakai cermin mata ke pejabat.

Mereka menggunakan platform Twitter untuk meluahkan rasa tak puas hati dengan larangan itu.

wanita jepun dilarang memakai cermin mata ke pejabat

Topik itu telah membawa kepada perbahasan yang hangat di media sosial.

Beberapa berita tempatan melaporkankan terdapat beberapa syarikat telah "mengharamkan" cermin mata untuk pekerja wanita atas pelbagai sebab.

via GIPHY

Kumiko Nemoto, profesor sosiologi di Kyoto University of Foreign Studies, berkata dasar itu terlalu "ketinggalan zaman".

Alasan tidak membenarkan wanita memakai cermin mata ke pejabat benar-benar tidak masuk akal. Ini ternyata satu diskriminasi.

Beliau menambah bahawa laporan itu mencerminkan pemikiran "lama, tradisional Jepun".

"Ini bukan mengenai bagaimana wanita melakukan kerja mereka ... Syarikat itu menghargai penampilan wanita yang feminin dan ini bertentangan dengan seseorang yang memakai cermin mata," kata Prof Nemoto.

Sumber