Pelik tapi benar. Namun, itulah yang terjadi pada seorang ibu muda bernama Hannah Violet ini yang mana dia hanya mengetahui mengenai kehamilannya 50 minit sebelum bersalin.
Menerusi satu video TikTok, wanita berusia 23 tahun itu berkongsi pengalaman mengejutkannya itu sehingga menjadi tular.
Katanya, dia berasa sangat terkejut pada waktu itu kerana tubuhnya kelihatan langsing dan juga kerap mengambil pil perancang.
Bagaimanapun lanjutnya, pada suatu pagi, Hannah mengatakan dia berasa sakit yang amat terus pada bahagian perut dan belakang badannya sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital kerana apendisitis.
Tetapi, pada waktu itu juga dia mula menyedari air ketubannya yang mula pecah.
“Saya bangun pada suatu pagi dengan kesakitan yang amat sangat di perut dan belakang saya, memikirkan saya sembelit.
“Ayah saya kemudian menemui saya di dalam tandas dan ibu saya memberitahunya untuk menghubungi 111 (talian telefon UK untuk mendapatkan nasihat perubatan segera). Mereka memberitahu saya melalui telefon bahawa ia mungkin radang usus buntu dan ambulans sedang dalam perjalanan,” katanya
Di hospital, difahamkan Hannah yang ketika itu baru berusia 20 tahun disahkan oleh pasukan perubatan bahawa dia hamil dan bakal bersalin selepas mendapati air ketubannya pecah.
“Mereka kemudian meminta bidan datang dari hospital lain, saya selamat melahirkan bayi perempuan 50 minit kemudian,” tambahnya.
Sumber: [1]