89 Nyawa Terkorban, Sudan Selatan Dilanda Wabak Misteri

Satu wabak misteri dilaporkan tercetus di bandar Fangak, dalam negeri Jonglei dekat Sudan Selatan hingga menyebabkan sekurang-kurangnya 89 nyawa terkorban.

89 nyawa terkorban, sudan selatan dilanda wabak misteri

Ekoran kejadian itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menghantar pasukan tindak balas segera ke lokasi kejadian bagi menyiasat mengenai wabak misteri itu.

 

Menurut Kementerian Kesihatan Sudan Selatan, para saintis tempatan gagal untuk mengenal pasti penyakit yang terjadi akibat wabak yang menular dengan pantas di bandar itu.

89 nyawa terkorban, sudan selatan dilanda wabak misteri

Beberapa sampel telah dikumpulkan dari pesakit bagi mengenalpasti wabak tersebut, namun keputusannya mendapati ia bukan korela.

 

Lebih merumitkan para saintis untuk ke lokasi kejadian adalah kerana ketika ini banjir turut berlaku disana, menyebabkan mereka terpaksa menggunakan helikopter.

89 nyawa terkorban, sudan selatan dilanda wabak misteri

“Kami membuat keputusan untuk menghantar pasukan tindak balas segera ke wilayah terlibat bagi menilai dan menyiasat risiko wabak misteri itu.

“Beberapa sampel daripada pesakit juga telah dikumpul, namun kami diberitahu bahawa seramai 89 pesakit telah meninggal dunia,” kata jurucakap WHO, Sheila Baya kepada Badan Penyiaran British (BBC).

 

Sumber: [1]

 

ARTIKEL BERKAITAN