Perubahan Iklim Di Lautan Artik Boleh Bebaskan Kembali Virus Purba

Pakar memberi amaran mengenai satu risiko pandemik yang boleh membawa maut yang boleh tercetus kesan daripada fenomena perubahan iklim di Lautan Artik.

perubahan iklim di lautan artik boleh bebaskan kembali virus purba

Menurut pakar, pencairan permafros yang terjadi di Lautan Artik boleh menyebabkan virus dan bakteria purba yang beku selama berjuta tahun ‘dibebaskan’.

perubahan iklim di lautan artik boleh bebaskan kembali virus purba

Pencairan ais dan tanah yang berlaku kini juga berlaku semakin cepat, demikian menurut Penyelidik kanan di Akademi Sains Rusia, Stesen Penyelidikan dan Eksperimen Timur Utara di kampung Chersky, Sergei Davydov.

 

“Kami telah menjalankan penyelidikan selama lebih 30 tahun iaitu sejak tahun 1990.

“Jumlah metana di atmosfera telah meningkat dengan ketara seperti yang kita ketahui daripada data penganalisis gas,” katanya.

 

Menurutnya lagi, virus dan bakteria purba itu tidak pernah terdedah kepada udara sejak sebelum manusia moden berevolusi, namun pencairan ini akan mendatangkan bahaya kepada semua hidupan di Bumi.

perubahan iklim di lautan artik boleh bebaskan kembali virus purba

Sehubungan itu, satu projek mengenai bio keselamatan telah dicadangkan sebagai langkah berjaga-jaga daripada bahaya yang timbul daripada permafros yang mencair.

 

“Terdapat risiko tentang kemunculan virus dan bakteria purba. Oleh itu, Rusia telah memulakan projek ‘bio keselamatan dalam Majlis Artik,” kata Diplomat Kanan Rusia, Nikolay Korchunov.

 

Sumber: [1]