Baru-baru ini, tular di media sosial video seekor orang utan dewasa melintas di lebuh raya di Indonesia dan nyaris menemui maut akibat dilanggar kereta.
Dalam video tersebut, jelas kelihatan orang utan berhenti di tengah jalan tetapi kelihatan juga sebuah kereta yang hampir melanggarnya.
Jelas Winoto dari Agensi Pemuliharaan Sumber Asli Kalimantan Timur (BKSDA), “Memang video itu berlaku di Timor Timur, tepatnya di mukim Bengalon menghala ke Berau, kami tidak dapat memastikan bila ia berlaku.”
Bagaimanapun, agensi tersebut meminta para pengguna lebuh raya itu untuk berhati-hati dan mengalah kepada mana-mana hidupan liar yang melalui kawasan tersebut.
Tambah Winoto, dia berasa kesal kerana pemandu dalam video tular itu seolah-olah terdesak untuk memecut sehingga hampir melanggar orang utan yang sedang melintas itu.
“Pemandu perlu bersabar dan biarkan orang utan lalu dahulu, jika itu berlalu, ia berbahaya kepada orang utan,” katanya.
Menurutnya lagi, insiden orang utan melintas lebuh raya di kawasan itu sebenarnya kerap berlaku.
“Memang orang utan sering melalui lebuh raya itu, kerana ia berdekatan dengan habitat mereka,” tambahnya.
Winoto berharap orang ramai yang lalu lalang dapat memberi laluan kepada orang utan dan tidak mendekati atau memberikan makanan kerana dikhuatiri akan membuatkan ia terbiasa meminta makanan pemandu.
“Masyarakat boleh bantu bawa mereka balik ke kawasan hutan, dan jangan beri makan, kena jaga jarak,” katanya.
Sumber: [1]