COVID-19: Mutasi Varian Lambda Dikuatiri Kebal Vaksin

Ekoran daripada mutasi luar biasa dalam varian C.37 atau varian Lambda, sekumpulan pegawai kesihatan meluahkan kebimbangan varian itu boleh menjadi kebal terhadap vaksin COVID-19 yang diberikan kepada manusia ketika ini.

covid-19: mutasi varian lambda dikuatiri kebal vaksin

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), varian baharu itu turut berkongsi mutasi genetik yang sama dengan varian Delta, sekaligus menjadikan ia lebih mudah berjangkit.

covid-19: mutasi varian lambda dikuatiri kebal vaksin

Varian Lambda pertama kali dikesan di Peru pada tahun lalu, sebelum ia pantas merebak ke 27 negara seluruh dunia termasuk Britain.

covid-19: mutasi varian lambda dikuatiri kebal vaksin

Saintis mula menyedari akan kewujudan varian ini selepas menjumpainya dalam satu daripada 200 sampel. Bilangan jangkitan varian Lambda meningkat 50 peratus daripada jumlah kes dan kini ia mencecah 82 peratus.

 

Di Chile, varian itu merangkumi satu pertiga daripada jumlah kes COVID-19 di negara itu. Bagaimanapun, tiada bukti varian ini lebih agresif berbanding varian lain dan keberkesanan vaksin terhadap varian ini juga masih dalam pemerhatian.

covid-19: mutasi varian lambda dikuatiri kebal vaksin

Sumber: The Sun

ARTIKEL BERKAITAN