‘‘Varian Baru COVID-19 Mungkin Muncul Hujung Tahun Ini,’’ – EMA

Ketika dunia sedang bangkit selepas lebih dua tahun ‘berperang’ dengan wabak COVID-19, jangan dilupa virus ini masih lagi wujud dalam komuniti kita.

 

Terbaharu, Agensi Perubatan Kesatuan Eropah (EMA) mengumumkan varian baharu COVID-19 mungkin akan muncul semasa musim sejuk tahun ini.

‘‘varian baru covid-19 mungkin muncul hujung tahun ini,’’ – ema

Bagaimanapun agensi itu memberi jaminan vaksin sedia ada masih mampu melindungi orang ramai daripada dijangkiti penyakit kritikal serta mengurangkan risiko kepada kematian.

 

Orang ramai juga tidak perlu bimbang akan kemunculan varian baharu ini kerana ia tidak memerlukan vaksin khas bagi menanganinya.

 

"Vaksin asal masih berupaya melindungi orang ramai daripada dijangkiti penyakit berbahaya akibat coronavirus ini dan risiko kematian.

"Varian baharu pada musim sejuk ini mungkin akan lebih mirip kepada strain Omicron terdahulu, yang kini sebahagian besarnya dapat dibendung menggunakan vaksin bagi varian BA.4 dan 5," demikian menurut Ketua Vaksin EMA, Marco Cavaleri.

 

Dalam pada sama, 27 negara Kesatuan Eropah (EU) kini sedang mempersiapkan kempen dos penggalak susulan kebimbangan kemunculan gelombang baharu koronavirus hujung tahun ini.

 

Sumber: BH