Vaksin COVID-19 Buatan Malaysia Dijangka Siap Menjelang 2024

Vaksin COVID-19 hasil buatan Malaysia dijangka siap menjelang 2024.

vaksin covid-19 buatan malaysia dijangka siap menjelang 2024

Ia merupakan hasil kerjasama antara Institut Kajian Perubatan (IMR) dengan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Menurut Pengarah IMR Dr Tahir Aris, vaksin tersebut turut dibangunkan sebagai suntikan ‘booster’ yang mampu melawan varian baru.

Terang beliau, “Mereka yang melengkapkan suntikan vaksin mungkin memerlukan suntikan ‘booster’ supaya kekal dilindungi. Mereka mungkin memerlukannya setiap tahun.

“Langkah ini penting bagi mengekalkan pertahanan terhadap koronavirus. Malaysia tidak patut bergantung sepenuhnya kepada bekalan vaksin import.”

Tambah beliau lagi, pembangunan vaksin terbabit turut mengambil kira Varian of Concern (VOC) seperti Delta.

“Kami berharap vaksin ini berkesan terhadap varian-varian baru,” ujarnya.

Selain itu, projek tersebut juga dilaporkan merekodkan perkembangan positif  di samping ujian pra-klinikal melibatkan haiwan bakal dijalankan di Institut Penyelidikan Veterinar di Ipoh, Perak menjelang Ogos ini.

“Ujian-ujian itu akan mengambil masa kira-kira enam bulan sebelum beralih ke ujian klinikal membabitkan manusia tahun depan.

“Justeru itu, kami berharap vaksin akan siap menjelang 2024.”

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN