Universiti Awam, Politeknik Bakal Saji Menu Siswa Rahmah RM3.50 Sahaja

Hidangan Menu Siswa Rahmah yang berharga RM3.50 bakal diperkenalkan di 20 Universiti Awam (UA) serta Politeknik di seluruh negara.

universiti awam, politeknik bakal saji menu siswa rahmah rm3.50 sahaja

Demikian menurut Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang mana inisiatif itu akan dimanfaatkan kira-kira 320,000 pelajar daripada keluarga B40.

 

Ia dalam pada lain dapat membantu pelajar miskin terutamanya daripada golongan B40 supaya mereka tidak terjejas dalam melanjutkan pengajian hanya disebabkan kesempitan hidup.

universiti awam, politeknik bakal saji menu siswa rahmah rm3.50 sahaja

"Jadi, hari ini saya ingin menyatakan KPT sudah mendapat komitmen penyertaan daripada semua 20 UA dan politeknik, membabitkan sebanyak 235 gerai yang menawarkan makanan pada harga RM3.50.

"Langkah ini dapat membantu menangani kos sara hidup yang tinggi," katanya.

 

Pelaksanaan Menu Siswa Rahmah itu dapat dilakukan berikutan pihak universiti tidak mengenakan kos sewa gerai kepada peniaga, membabitkan kos RM3 juta setahun di UA dan RM700 ribu setahun di Politeknik.

universiti awam, politeknik bakal saji menu siswa rahmah rm3.50 sahaja

Dalam masa sama, pihak UA dan Politeknik masih menyediakan Menu Rahmah dengan hidangan RM5 kepada mereka yang berkemampuan.

 

Untuk itu, pihak UA dan Politeknik akan menyediakan token kepada para pelajar bagi membezakan mahasiswa yang layak atau tidak bagi membeli Menu Siswa Rahmah.

 

Sumber: BH