Banyak haiwan dan tumbuhan yang hidup mempunyai caranya tersendiri dalam memastikan ia selamat daripada serangan pemangsa. Antaranya adalah dengan melakukan penyamaran.
Selain sesumpah, ada beberapa jenis ulat yang juga mampu melakukan teknik penyamaran dengan persekitarannya, hingga kita sukar untuk melihatnya.
Dikenali sebagai Common Baron Caterpillar, ia adalah spesis ulat yang paling berkesan melakukan penyamaran hingga sukar bagi pemangsa melihat. Ia banyak ditemui di sesetengah hutan di India dan Asia Tenggara.
Garisan kuning pada badannya adalah telur larvae dan akan membesar mengikut kepada saiznya. Ulat ini sangat suka hidup pada daun pokok mangga kerana bentuk daun itu sendiri memudahkan ulat ini meniru warna dan bentuk bagi tujuan penyamaran.
Ulat ini seterusnya membesar menjadi kepompong dan akhirnya rama-rama yang mempunyai corak pada sayap yang sangat cantik.
Sumber: Oddity Central