Belum Reda COVID-19, UK Lapor Kes Jangkitan Cacar Monyet Pula

Meskipun belum reda pandemik COVID-19, United Kingdom kini berdepan dengan ancaman kesihatan lain iaitu wabak monkeypox, atau jangkitan cacar monyet.

belum reda covid-19, uk lapor kes jangkitan cacar monyet pula

Menurut laporan, terdapat dua kes jangkitan monkeypox di Wales yang dibawa dari luar negara.

 

Dua individu yang dijangkiti wabak itu tinggal serumah dan mereka kini sedang dipantau di hospital untuk mengelakkan ia daripada menjadi pandemik.

 

Perunding Perlindungan Kesihatan dari Jabatan Kesihatan Awam Wales, Richard Firth berkata, kes jangkitan monkeypox di UK adalah sangat jarang berlaku dan mereka memberi jaminan risiko jangkitan terhadap penduduk adalah rendah.

 

Jangkitan monkeypox ini juga telah disahkan oleh Setiausaha Kesihatan UK, Matt Hancock serta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

belum reda covid-19, uk lapor kes jangkitan cacar monyet pula

Cacar monyet biasanya terjadi di Afrika dengan gejala-gejala seperti demam, keletihan, sakit kepala serta ruam makulopapular bermula di muka kemudian menyebar ke tapak tangan dan tapak kaki, diikuti bahagian tubuh yang lain.

 

Jangkitan itu akan pulih dengan sendirinya antara 14 hingga 21 hari dengan hanya beberapa kematian dicatatkan di Afrika Barat.

 

Sumber: WHO / Utusan