UK Catat Peningkatan Kemasukan Ke Hospital Akibat Omicron

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mengulangi gesaan supaya rakyatnya mendapatkan suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 berikutan penularan Omicron ke seluruh negara tersebut.

uk catat peningkatan kemasukan ke hospital akibat omicron

Jelas Johnson, kemasukan ke hospital akibat virus itu meningkat sebanyak 10 peratus secara nasional dari minggu ke minggu dan peningkatan hampir satu pertiga di London.

“Gelombang Omicron terus melanda seluruh United Kingdom dengan lebih 78,000 kes COVID-19 hari ini, jumlah harian tertinggi pernah dilaporkan.

“Kadar penggandaan Omicron di sesetengah wilayah kini turun kepada kurang daripada dua hari dan saya bimbang kita juga melihat peningkatan kemasukan ke hospital sebanyak 10 peratus secara nasional minggu demi minggu dan meningkat hampir satu pertiga di London,” katanya.

Rabu lalu, Britain mengumumkan lebih 78,000 kes direkodkan.

Ia merupakan jumlah kes harian tertinggi yang pernah dilaporkan oleh negara tersebut.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN