Kejujuran Dipuji, Tukang Cuci Serah Dompet RM10.4 juta Ditemuinya

Sifat jujur, amanah dan bertanggungjawab seorang tukang cuci di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta dekat Jakarta wajar dipuji selepas beliau memulangkan dompet bernilai 35.5 bilion Rupiah (kira-kira RM10.4 juta) yang ditemuinya.

kejujuran dipuji, tukang cuci serah dompet rm10.4 juta ditemuinya

Petugas wanita bernama Halimah, 36, menjumpai dompet itu ketika sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di sebuah kerusi menunggu penumpang.

 

Beliau menemui dompet berwarna coklat yang didakwa milik seorang penumpang di Balai Pelepasan Terminal 2E di lapangan terbang itu, sebelum menyerahkannya kepada pegawai Keselamatan Penerbangan yang bertugas.

 

Petugas itu menyerahkan dompet ditemuinya tanpa mengetahui jumlah wang yang berada di dalamnya.

 

Selepas pegawai bertugas melakukan pemeriksaan, mrereka menemui empat buku bank, sebuah pasport dan dua cek di dalamnya. Kesemua nilai dalam dompet itu mencecah 35.5 bilion Rupiah.

 

Kejujuran Halimah itu telah mendapat penghargaan dari PT Angkasa Pura Solusi dan pemilik dompet itu telah dihubungi bagi menyerahkan kembali barangan miliknya.

 

"Besar atau kecil nilai barang yang ditemui, ia bukan milik kami. Sudah jadi kewajipan bagi petugas di lapangan terbang melaporkannya," kata Halimah.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN