Trofi FIFA Pengakhiran Tahun Gemilang Lewandowski ?

trofi fifa pengakhiran tahun gemilang lewandowski ?

Pemain terbaik Eropah, Robert Lewandowski berpeluang untuk meraih 1 lagi anugerah!

Seperti dijangka, penyerang Bayern Munich itu tersenarai antara calon untuk meraih Anugerah Pemain Terbaik FIFA tahun ini.

trofi fifa pengakhiran tahun gemilang lewandowski ?

Lewandowski berjaya bantu Bayern Munich meraih gelaran treble musim lalu apabila menjuarai Bundesliga, Piala Jerman dan Liga Juara-Juara.

Penyerang kelahiran Poland itu turut merangkul anugerah kasut emas Eropah apabila menjaringkan 55 gol dalam semua kejohanan musim lalu.

Dia yang terlepas anugerah Balon d’Or tahun ini kerana anugerah tersebut dibatalkan akibat pandemik COVID-19 tersenarai bersama 10 calon lain untuk Anugerah Pemain Terbaik FIFA.

Antara mereka ialah bekas rakan sepasukannya, Thiago Alcantara yang kini bersama Liverpool, Lionel Messi, Cristiano Ronaldo, Sadio Mane, Mohamed Salah, Neymar dan Kylian Mbappe.

Lewandowski dijangka memenangi anugerah tersebut berdasarkan prestasinya musim lalu.

Ye lah, dah menang treble dan jaringkan 55 gol dalam satu musim ni siapa je yang boleh kalahkan dia kan? 

Anugerah tersebut akan diberikan pada 17 Disember ini.

trofi fifa pengakhiran tahun gemilang lewandowski ?

Dalam pada itu, rakan sepasukannya, Manuel Neuer tersenarai untuk anugerah Penjaga Gol Terbaik FIFA.

Antara pencabar Neuer untuk anugerah tersebut ialah penjaga gol Real Madrid, Thibaut Curtois dan penjaga gawang Liverpool, Alisson.

trofi fifa pengakhiran tahun gemilang lewandowski ?

Sementara itu, pengendali Leeds, Marcelo Bielsa merupakan calon yang tidak dijangka tersenarai untuk anugerah Pengurus Terbaik FIFA.

Namun, peluang Bielsa untuk merangkul anugerah tersebut dilihat sukar apabila berdepan saingan hebat antaranya pengurus Bayern Hansi Flick, Jurgen Klopp daripada Liverpool dan pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane.

Oleh: Karami Kamel