
Ramai dah tengok kan puluhan gambar dan video pasal tragedi letupan kat pelabuhan di ibu kota Lubnan, Beirut.
KJ pun sama, start tengah malam tadi punyalah banyak mesej dan update kat media sosial pasal kejadian ni sampai tak boleh tidur sebab teringat-ingat.
Betul-betul gerun. Rasa sedih dan kerdilnya diri pun ya...terfikir kalaulah kita yang ada dalam situasi cemas dan tak berdaya macam mangsa. Apalah tindakan kita...
Sampaikan Presiden Amerika Syarikat menyifatkan letupan tu macam 'serangan yang mengerikan'!
Seorang bapa menenangkan anaknya yang ketakutan dan mencari perlindungan akibat letupan tersebut
Seorang pembantu rumah segera merangkul anak kecil majikannya untuk menyelamatkan diri sejurus letupan berlaku
Rasa macam tengok filem yang ada kesan khas atau CGI tapi hakikatnya ni kejadian sebenar yang meragut banyak nyawa.
Buat masa ni jumlah yang maut mencecah 80 dan hampir 4,000 ribu cedera. Angkanya dijangka terus meningkat.
Takziah untuk semua yang terlibat. Kami berkongsi rasa dukacita.
Pemimpin-pemimpun dunia pun dah mula tawarkan bantuan dan kepakaran termasuk Malaysia dan Britain. Malah bantuan daripada Perancis katanya dah dalam perjalanan.
Sebut pasal punca kejadian pulak, ada macam-macam dakwaan tapi sebab sebenar masih dalam siasatan.
Setakat ni letupan dipercayai berlaku di sebuah gudang menyimpan ammonium nitrat. Alamak apa benda pulak ni ya?
Ammonium nitrat ni ada banyak kegunaan, antaranya boleh buat baja dan kegunaan industri pembinaan. Nak tahu lebih lanjut silakan Google.
Oleh: KJ
Video & foto: Reuters, AFP, AP & warganet