Mesti ada dikalangan ibu bapa yang susah hati apabila anaknya kerap jatuh sakit. Tambahan lagi jika anak itu sering demam, batuk dan nampak tidak aktif.
Bila anak dah sakit, memang tak senang ibu bapa nak duduk. Nak kena minta cuti untuk jaga anak lagi, memang susah. Sebagai ibu bapa, anda pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak kan?

Dr Mazliana Mazlan ada berkongai di akaun Facebooknya tips penjagaan anak yang nampak mudah, tapi sebenarnya ramai ibu bapa hanya ambil ringan tentangnya,
-
Banyakkan real food, buah sayur, lemak baik dan protein
-
Kurangkan makanan proses, terutama kepada bayi.
-
Bawa anak bermain dengan matahari pagi atau petang.
-
Biar anak bermain dengan alam, bersentuh dengan tanah.
-
Pastikan anak mendapat tidur yang cukup.
-
Elakkan penggunaan bahan kimia bertoksik
“Susah, tapi kita kena cuba. Tak dapat buat semua, kita buat mana yang mampu,” kata Dr Mazliana.
Semoga tips ini bermanfaat kepada ibu bapa di luar sana!
Sumber: Facebook @Mazliana Mazlan