Sahur ialah makan di waktu awal pagi (sebelum azan subuh), bertujuan bagi memberikan kita tenaga untuk berpuasa di siang hari pada bulan Ramadan.
Ada segelintir antara kita yang akan bangun untuk makan dan sambung tidur atau berbaring selepas selesai sahur.
Jika anda sedang melakukan ini selepas anda bersahur, awas kerana tindakan anda itu boleh menyebabkan perkara berikut terjadi.
Tabiat berbaring atau tidur selepas bersahur amat tidak digalakkan kerana ia boleh menyebabkan kegemukan, buncit dan boroi.
Ini adalah kerana tubuh badan kita perlu sedikit masa, dua hingga tiga jam untuk memproses serta menghadam makanan dan minuman yang diambil. Dengan baring atau tidur, ia boleh merencatkan proses ini lalu menyebabkan tubuh badan tidak mendapat resapan nutrisi sewajarnya, lalu menyebabkan kegemukan atau boroi.
Tambah lagi, mereka yang baring selepas bersahur boleh menyebabkan metabolisma menjadi perlahan, dan juga asid perut naik ke atas lalu menyebabkan penyakit penyakit gastro-esophageal reflux (GERD) senang terjadi. Penyakit lain seperti pedih ulu hati dan risiko strok juga boleh berlaku jika anda sering amalkan perbuatan terus berbaring selepas bersahur.
Ambil masa sekurangnya dua hingga tiga jam selepas anda bersahur untuk baring sekejap. Samalah juga untuk selepas berbuka puasa. Jangan terus baring ya!
Sumber: Hello Doktor / Public Health Malaysia