Kalau pergi Cameron Highland mesti confirm kita akan beli strawberi. Sebab buah strawberi kat sana besar-besar dan fresh. Tetapi hakikatnya strawberi merupakan buah yang tidak tahan lama dan cukup sensitive. Ianya mudah lembik, tak fresh dan rosak jika disimpan di dalam peti sejuk. Jom baca tips macam mana nak buat strawberi tahan lama sehingga dua minggu.
Bahan yang perlu ada adalah bekas plastic simpanan kek, tisu dan of course la strawberi. Buat beberapa lubang pada bekas itu, tebuk pakai pemutar skru je, ini adalah untuk pengudaraan supaya wap air tidak bertakung dalam bekas itu.
Caranya mudah saja, ambil buah strawberi yang sudah kering dan balut dengan tisu ikut kreativiti masing masing. Selepas dah balut semua strawberi, susun elok elok dalam bekas plastic dan tutup kemas. Simpan di dalam peti sejuk dan hasilnya, daun-daun masih segar dan berwarna hijau.
Korang boleh try cara ini dirumah, memang effort sikit kena balut setiap satu, tapi atleast tidak la membazir. Lagipun, buah strawberi kan mahal.
Oleh: Khalie Azmi
Sumber: mingguanwanita