Pelakon jelita dari Korea Selatan ini terkejut selepas mengetahui ketinggiannya semakin berkurangan.
Lee Se-Young mendedahkan berat dan ketinggian sebenar dalam hantaran di Instastory.
Dalam hantaran itu, beliau memuatnaik keputusan pemeriksaan kesihatan yang dibuat secara tahunan dengan kapsyen “Terkejut.”
Menurut pemeriksaan kesihatan itu, dia yang kini berusia 30 tahun mempunyai berat 51kg dan ketinggian 160 sentimeter.
Se-Young bagaimanapun menyedari ketinggiannya ‘menyusut’ sebanyak tiga sentimeter berbanding dengan sebelum ini.
Sumber: Kosmo!