Tiada Lagi Pengeluaran KWSP Selepas Ini

Kementerian Kewangan seolah-olah memberi bayangan bahawa tiada lagi pengeluaran khas daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang akan dibenarkan selepas skim i-Citra, i-Lestari dan i-Sinar.

tiada lagi pengeluaran kwsp selepas ini

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, ketiga-tiga skim itu tergolong dalam pengeluaran prasarana yang hanya diperkenalkan sebagai langkah sementara.

“Tiga program ini hanya langkah sementara bagi membantu kelangsungan hidup ahli KWSP dalam menempuh kesan COVID-19 semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Negara lain seperti Australia, Chile dan Peru turut membenarkan akses awal kepada simpanan persaraan bagi membantu rakyat, tetapi sekarang tidak dibenarkan.

“Singapura pula langsung tidak membenarkan sebarang pengeluaran dana persaraan atas tujuan COVID-19,” jelasnya.


Sumber: [1]