Jika anda menggunakan YouTube, pasti anda pernah terlihat satu paparan iklan berbentuk melintang muncul pada bahagian bawah video.
Iklan yang disebut sebagai ‘overlay ads’ atau banner ini sedikit sebanyak telah menghalang video, meskipun ada pilihan untuk menutupnya.
Mulai 6 April ini, YouTube tidak lagi memaparkan iklan dalam bentuk overlay atas video untuk pengguna komputer.
Menurut YouTube, impak ketiadaan iklan ini kecil kepada pencipta kandungan, memandangkan ia pun selama ini hanya ada pada versi desktop. Youtube juga mengakui iklan overlay ini menggangu penonton untuk menonton video.
Untuk itu juga, Youtube akan menambah baik pengalaman menonton video dan memberi tumpuan terhadap format iklan yang berprestasi tinggi. Justeru, kini ada tiga jenis iklan yang terpapar di video iaitu ‘skippable video ads’, ‘non-skippable video ads’, dan ‘bumber ads’.
Bagaimanapun untuk pengguna Premium, mereka tidak berhadapan dengan sebarang bentuk iklan kerana mereka membayar akaun Premium memang bertujuan untuk tidak diganggu dengan iklan.
Sumber: Google