Tiada Bukti Sanitasi Awam Mampu Cegah COVID-19

Proses pensanitasi awam yang dijalankan di sesuatu kawasan tidak berkesan untuk mencegah penularan wabak COVID-19, menurut pakar kesihatan awam.

tiada bukti sanitasi awam mampu cegah covid-19

Rutin operasi sanitasi awam ini bagaimanapun hanya perlu dilakukan berdasarkan risiko disesuatu tempat.

 

Menurut Prof Madya Dr Malina Osman, sanitasi di tempat awam secara berkala tanpa kes yang dilaporkan juga tidak disyorkan kerana kegiatan itu tiada bukti saintifik mampu mencegah penularan wabak COVID-19.

 

Mengambil contoh di tempat kerja, proses sanitasi hanya digalakkan di kawasan sekitar seperti ruang kerja dan tandas yang dikongsi bersama rakan sekerja, dan tidak perlu sanitasi satu bangunan atau laluan ke pejabat berkenaan.

 

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat, risiko jangkitan COVID-19 melalui kontak dengan permukaan adalah rendah, jadi memadai untuk membersihkan permukaan dengan sabun dan bahan pencuci sahaja, tidak perlu fogging atau semburan secara besar-besaran.

 

Sumber: Astro Awani