Thailand Kesan 15 Kes Positif Dalam Kalangan Pelancong Asing

Sejak membuka pintu antarabangsanya pada 1 November lalu, Thailand dilaporkan telah mengesan 15 kes baru COVID-19 dalam kalangan pelancong asing.

thailand kesan 15 kes positif dalam kalangan pelancong asing

Menurut Data Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA), semua kes tersebut dikesan ketika ujian saringan COVID-19 dijalankan terhadap ketibaan di lapangan terbang.

Hingga 6 November lalu, lebih 90,000 orang memohon visa untuk memasuki Thailand yang mana 34,000 daripadanya diluluskan.

Pada hari pertama sempadan dibuka, lebih 20,000 pelancong dari Amerika Syarikat, Jerman, United Kingdom, Jepun dan Korea tiba di negara tersebut.

Bermula November lalu, Thailand membuka semula pintu antarabangsanya kepada para pelancong asing lebih dari 60 negara, bertujuan menaikkan semula ekonomi mereka yang banyak bergantung pada industri pelancongan.

Bawah peraturan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, Thailand mewajibkan pelancong asing memohon visa dan menunjukkan sijil vaksinasi apabila masuk ke negara itu.

Sementara itu, bagi pelancong yang tidak lengkap divaksin pula, mereka diperlukan menjalani kuarantin selama 10 hari sebelum dibenarkan masuk.

 

Sumber: [1]