Teruja Timang Cucu Sulung, Krisdayanti Turut Sama Bantu Anak Persiap Bilik Bayi

Penyanyi terkemuka Indonesia, Krisdayanti bakal bergelar nenek tidak lama lagi berikutan anaknya, Aurel Hermansyah kini sedang menjangkakan cahaya mata pertamanya bersama pasangan.

teruja timang cucu sulung, krisdayanti turut sama bantu anak persiap bilik bayi

Ketika ditemu bual dalam rancangan YouTube, ‘Intense Investigation’ pada Selasa lalu, Krsidayanti sempat berkongsi bahawa Aurel dijangka bersalin pada 21 Februari 2022.

“Aurel hanya menghitung hari. Seminggu lagu, InsyaAllah. Jadi Isnin depan (21 Februari 2022) dia akan ke hospital,” kongsi pelantun lagu “Menghitung Hari” itu.

Anak pertama Aurel bersama pasangan Atta Halilintar itu diberi gelaran ‘bayi A’.

Sebagai bakal nenek, Krisdayanti turut membantu Aurel membuat persiapan menyambut ‘bayi A’ dengan menyusun atur susunan bilik cucu sulungnya itu.


Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN