Tempoh Kuarantin Boleh Dipendekkan Di Kawasan Yang Punya Kes Tinggi - WHO

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan pada Khamis bahawa negara-negara yang bergelut dengan peningkatan jangkitan COVID-19 boleh memendekkan tempoh kuarantin 14 hari dalam beberapa situasi.

tempoh kuarantin boleh dipendekkan di kawasan yang punya kes tinggi - who

Menurutnya, garis panduan baru itu mungkin berguna untuk kawasan yang mana perkhidmatan pentingnya berada bawah tekanan.

Terang WHO, tempoh kuarantin 14 hari itu boleh dipendekkan menjadi 10 hari tanpa ujian dan tujuh hari dengan ujian negatif, dengan syarat individu terlibat tidak mengalami sebarang gejala.

Lanjutnya, apabila ujian saringan untuk memendekkan kuarantin tidak dapat dijalankan, ketiadaan simptom boleh digunakan sebagai proksi ujian.

WHO juga berkata, negara-negara boleh mempertimbangkan untuk melonggarkan langkah pengesanan kontak rapat mereka dalam situasi sama.

Bagi kontak rapat individu yang dijangkiti COVID-19, mereka yang berisiko tinggi dijangkiti seperti pekerja penjagaan kesihatan harus diutamakan, selain individu berisiko tinggi mendapat gejala teruk seperti mereka yang mempunyai penyakit kritikal atau tidak divaksinasi.

Beberapa negara di dunia seperti Amerika Syarikat, Jerman dan Switzerland telah memutuskan untuk memendekkan tempoh kuarantin bagi menghadapi gelombang jangkitan COVID-19 yang diakibatkan oleh Omicron.


Sumber: [1]