Perancis Rancang Guna Teksi Terbang Bawa Penonton Ke Sukan Olimpik 2024

Jika anda mengimpikan untuk menaiki kereta terbang, Perancis adalah negara yang anda boleh kunjungi pada tahun 2024 nanti kerana mereka sedang merancang menggunakan teksi terbang bagi temasya Sukan Olimpik.

perancis rancang guna teksi terbang bawa penonton ke sukan olimpik 2024

Teksi terbang dijangka akan digunakan bagi membawa orang ramai ke seluruh Paris ketika temasya Sukan Olimpik 2024 berlangsung.

 

Menurut Daily Mail, Perancis kini akan menjadikan Paris sebagai tapak ujian untuk menguji teksi terbang elektrik diluar bandar berkenaan. Tujuan teksi terbang itu digunakan adalah juga bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas semasa temasya itu berlangsung.

 

Laluan pertama adalah antara heliport Paris-Issy-les-Moulineaux dan lapangan terbang Saint-Cyr. Laluan kedua merangkumi antara lapangan terbang Paris-Charles de Gaulle, Le Bourget dan sebuah tapak di bandar Paris.  

 

Tapak ujian Pontoise yang terletak di lapangan terbang Cormeilles-en-Vexin bakal menyaksikan kira-kira 30 pengeluar menjalankan ujian penerbangan teksi terbang. Antaranya Volocopter, Airbus, Vertical Aerospace dan Ascendance, Lilium dan Joby Aviation.

 

Dalam perkembangan sama, pembuat kereta Korea Selatan, Hyundai memaklumkan mereka akan memperkenalkan teksi terbang elektrik tanpa pemandu menjelang 2028.

 

Sumber: [1]

 

 

ARTIKEL BERKAITAN