Cemas! Tayar Pesawat Tercabut Ketika Baru Berlepas

Penumpang sebuah pesawat berdepan detik cemas selepas tayar pesawat yang dinaiki mereka tercabut ketika baru sahaja berlepas dari sebuah lapangan terbang di Itali.

cemas! tayar pesawat tercabut ketika baru berlepas

Kejadian itu telah dirakamkan selepas pesawat jenis Being 747 tersebut bergerak di sebuah landasan lapangan terbang sebelum ia meluncur ke udara.

 

Ketika itu, tayar pesawat itu sudahpun kelihatan terbakar sebelum ia tercabut daripada tapaknya semasa pesawat baru sahaja berlepas dan terbang ke udara.

cemas! tayar pesawat tercabut ketika baru berlepas

Memetik video di Twitter, insiden itu telah mencuri perhatian ramai warganet yang turut meluahkan rasa panik.

 

 

“Salah satu tayar Boeing 747-400 Dreamlifter terbakar dan tercabut ketika berlepas,” demikian menurut kenyataan yang dikongsikan bersama video tersebut di Twitter.

 

Tayar yang tercabut itu ditemui diluar kawasan lapangan terbang tidak jauh daripada lokasi ia jatuh.

cemas! tayar pesawat tercabut ketika baru berlepas

Bagaimanapun pesawat itu dilaporkan berjaya berlepas dan mendarat di destinasinya di negeri Carolina Utara, Amerika Syarikat dengan selamat.

 

Sumber: Twitter