Salah satu kerosakan kereta yang cukup menakutkan pemilik kenderaan adalah bila ia melibatkan komponen gearbox atau kotak gear.
![rasa sentakan kuat dari gear n ke d, mungkin petanda gear box rosak](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/gear-knob-03.jpg)
Kerosakan pada gearbox biasanya akan menyebabkan pemilik kereta mengeluarkan kos baik pulih yang cukup tinggi.
.
Jadi tidak hairanlah kenapa ramai cukup fobia dengan jenis kerosakan ini.
.
Ada beberapa cara yang boleh anda lakukan bagi mengelakkan masalah kerosakan gear ini daripada berlaku. Cara paling mudah dan mampu menjimatkan kos baikpulih adalah mengesan kerosakan ini daripada awal.
.
Bagi pengguna kereta, ini adalah tanda yang boleh anda lihat:
.
1. Kesukaran untuk menukar gear. Biasa terjadi kepada kenderaan jenis manual.
2. Ada sentakan atau hentakan ‘dukk’ ketika menukar gear. Misalnya dari N ditukar kepada D, atau P kepada D.
3. Berlakunya freeplay iaitu ruang pertukaran gear yang agak lama sama ada dari gear 1 ke 2, gear 2 ke 3, atau gear 3 ke 4.
4. Kereta mengeluarkan bunyi kuat setiap kali pertukaran gear auto berlaku.
5. Bacaan RPM menjadi tinggi dan tidak kembali ke asal selepas gear auto bertukar.
6. Keadaan gear bertukar kepada N atau D pada panel meter.
.
Jika anda dapati ada tanda-tanda seperti diatas berlaku pada kenderaan anda, besar kemungkinan gearbox anda sudah mula menunjukkan tanda awal berlakunya kerosakan. Segera dapatkan pemeriksaan atau ikuti tip servis seperti dibawah:
1. Bersihkan ruang auto filter dan tukar auto filter.
2. Tukar minyak auto
3. Tukar mounting gearbox
4. Tukar pin pada panel gear
5. Tukar kedua-dua oil seal gearbox.
.
Bagi pemilik kereta manual pula anda hanya perlu menukar minyak gear, mounting dan kabel gear.
.
Namun jika tidak tahu dan tidak yakin untuk melakukannya sendiri, bawa sahaja ke pusat servis kereta berhampiran anda. Jangan tunggu sudah rosak baru hendak melakukan servis dan pemeriksaan.
.
Sumber: [1]