Tamat PKPB, Bermula Lah PKPP, Jangan Seronok Sangat Ini Yang Korang Perlu Ingat!

tamat pkpb, bermula lah pkpp, jangan seronok sangat ini yang korang perlu ingat!

Hari ini bermulalah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Pada fasa ini, sudah banyak kelonggaran yang diberikan oleh pihak kerajaan. Antara yang paling dinanti-nantikan adalah aktiviti merentas negeri.

Bagaimanapun, ada beberapa perkara yang perlu terus melekat dalam kepala kita semua. Perkara ini adalah untuk mengelakkan kejadian lama berulang kembali iaitu penularan wabak COVID-19.

Jadi, ingatlah perkara ini:

1. Tiada vaksin untuk COVID-19 sehingga hari ini

Buat masa ini, masih belum ada vaksin yang berjaya dicipta untuk merawat wabak ini. Maka, hanya penjarakan sosial dan menjaga kebersihan sahaja adalah langkah terbaik untuk melawan wabak ini. Jadi, tetapkan dalam fikiran untuk terus patuh kepada norma baharu.

2. Jangan malu untuk amalkan norma baharu

Jangan bersalam ketika berjumpa saudara-mara, jangan berpelukan ketika jumpa ibu ayah sejurus balik rumah, jangan takut untuk pakai sarung muka. Ingat, kesihatan itu lebih penting. Kalau ada sesiapa yang cuba memerli, tegur dan educate mereka tentang perkara ini.

3. Terus dapatkan rawatan sekiranya sakit

Memandangkan virus ini terlalu samar-samar, jadi seeloknya terus dapatkan rawatan seandainya korang sakit seperti selsema, batuk, demam, sakit sendi, hilang selera makan yang keterlaluan, sakit kepala atau naik bintik-bintik kemerahan pada badan. Jangan tunggu atau merasa ok dengan sakit tersebut. Kita tak tahu apa yang sedang bersarang di dalam badan. Jadi, jaga kesihatan korang sebaiknya.

4. Jangan terlalu gembira, ingatlah mereka yang memerlukan bantuan

COVID-19 ni memberi impak yang sangat besar kepada ekonomi dunia. Jadi, ramai kawan-kawan kita yang diberhentikan kerja. Maka, kalau korang bernasib baik masih ada pendapatan tetap tu, jangan lah terlalu seronok. Jika ada lebih, hulurkan sedikit kepada mereka yang memerlukan. Percayalah, setiap amal baik itu akan dibalas dengan kebaikan juga.

Selamat berPKPP, teruskan patuh kepada arahan pihak berkuasa.