Tadika dan Prasekolah Beroperasi Semula Rabu Depan, Ibu Bapa Dah Ready?

Fasa PKPP yang sedang kita lalui ni merupakan fasa untuk menyesuaikan diri dengan gaya hidup yang baru.

Yelah, dah hampir 4 bulan kita hadkan diri dengan bekerja dari rumah dan hanya keluar bila perlu untuk mencegah penularan Covid-19.

Minggu ni jugak semua pelajar tingkatan 5 dan 6 sudah mula ke sekolah dengan mengamalkan kebiasaan baru termasuklah periksa suhu sebelum masuk ke sekolah, pakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakkan sosial.

tadika dan prasekolah beroperasi semula rabu depan, ibu bapa dah ready?

Rabu depan, tibalah giliran kanak-kanak tadika dan prasekolah untuk mulakan sesi pembelajaran mereka. 

tadika dan prasekolah beroperasi semula rabu depan, ibu bapa dah ready?

Haaa bila melibatkan kanak-kanak ni macam biasalah ibu bapa akan ada sedikit kerisauan untuk melepaskan anak-anak ke sekolah sebab risau dengan tahap keselamatan mereka.

Kerisauan itu turut dinyatakan oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia, NUTP yang minta kerajaan untuk tangguhkan pembukaan semula tadika.

tadika dan prasekolah beroperasi semula rabu depan, ibu bapa dah ready?

Macam-macam perkara yang dirisaukan antaranya masalah yang akan timbul melibatkankan pengurusan dan infrastruktur sekolah dan kekurangan pembantu guru untuk mengawal kanak-kanak di tadika nanti.

Tapi, lain pula pendapat Majlis Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Malaysia, ECCE yang menyokong keputusan kerajaan untuk membuka semula tadika dan prasekolah minggu depan.

tadika dan prasekolah beroperasi semula rabu depan, ibu bapa dah ready?

Bagi pihak Majlis ECCE, tak dinafikan keselamatan kanak-kanak amat penting tapi perkembangan minda mereka juga perlu dititikberatkan selepas hampir 4 bulan duduk di rumah.

Yang pasti kedua-dua pihak mahukan yang terbaik untuk keselamatan dan tumbesaran kanak-kanak.

Semua SOP yang ditetapkan oleh kerajaan sudah pasti mengambil kira setiap aspek termasuklah pemantauan yang rapi bagi memberikan yang terbaik buat kanak-kanak.

So, tugas kita sama ada ibu bapa , guru, orang awam adalah berusaha sehabis baik untuk memastikan semua SOP yang ditetapkan dapat dipatuhi dengan sebaiknya.

Macam kata-kata semangat yang kita pegang dari awal PKP dulu, #kitajagakita okay!

Oleh: Izzati Amir