Tabiat Suka Simpan Barang Lama Sampai Penuh Rumah Mungkin Tanda Masalah Mental

Korang tahu tak yang sebenarnya tabiat menyimpan barang lama walaupun sudah tiada kegunaannya berkemungkinan menandakan seseorang itu sebenarnya mempunyai masalah ‘hoarding’?

tabiat suka simpan barang lama sampai penuh rumah mungkin tanda masalah mental

Individu yang menjadi ‘hoarder’ mempunyai ikatan emosi, fizikal dan sosial dan adakalanya, kewangan terhadap barang yang disimpan mereka.

Hoarding disorder terjadi kepada dua hingga enam peratus daripada populasi global dan sering terjadi dalam kalangan lelaki berbanding perempuan.

Ciri-ciri individu hoarder termasuk mereka akan menyimpan apa jua barang walaupun tidak memerlukan barang tersebut selain lambakan barang yang dikumpul mereka juga mampu memenuhi ruangan rumah yang akhirnya akan memberi impak negatif terhadap mereka yang sudah berkeluarga.

Selain itu, mereka juga akan menjadi sensitif sekiranya barang mereka dibuang atau dialihkan.

Hoarding disorder merupakan satu tanda individu terbabit mungkin mengalami obsessive-compulsive personality disorder (OCPD), obsessive-compulsive disorder (OCD), attention-deficit/hyperactivity disorder (ADHD), depresi, keresahan (anxiety) ataupun nyanyuk (dementia).

Terdapat kajian yang mengatakan satu daripada empat penghidap OCD mempunyai masalah mengumpul barang.

Bagaimanapun, penyakit ini sebenarnya boleh dirawat.

Kebiasaannya, penghidap hoarding disorder akan menjalani rawatan dan menerima ubat yang sama seperti pesakit OCD.

Tetapi, ada waktu rawatan ini tidak berkesan kepada pesakit hoarding disorder.

Kerana itu, pesakit perlu mempunyai strategi sendiri bagi melawan nafsu masing-masing, salah satunya adalah dengan mengelakkan daripada kerap membeli barang semasa keluar rumah.

Penyakit ini tidak akan pulih serta-merta dan memerlukan motivasi, komitmen dan kesabaran.

Terdapat juga kemungkinan akan terjadi ‘relapse’ pada masa hadapan.

Justeru, mereka yang menderita daripada hoarding disorder perlu mempunyai pelan tambahan untuk mengatasi masalah sama sekiranya ia berlaku semula pada tahun akan datang.

Penyakit ini mungkin tidak dapat dipulihkan sepenuhnya, tetapi pesakit berupaya untuk mengawal tingkah laku mereka selain lebih memahami penyakit yang dialami mereka.

 

Sumber: [1]