Bawa Nama Malaysia Ke Peringkat Asia, SYOK Berjaya Bawa Pulang 3 Anugerah Terbaik Asia Podcast Awards 2024!

SYOK berjaya memenangi tiga anugerah terbaik di Asia Podcast Awards 2024 yang diadili oleh juri khas dalam bidang penyiaran Podcast.

Antara anugerah yang berjaya dibawa pulang SYOK adalah Penerbit Podcast Terbaik- Syok, Podcast Sukan Terbaik- Suited & Booted dan - Podcast Temu Bual Terbaik - Muzik Roundtable.

bawa nama malaysia ke peringkat asia, syok berjaya bawa pulang 3 anugerah terbaik asia podcast awards 2024!

bawa nama malaysia ke peringkat asia, syok berjaya bawa pulang 3 anugerah terbaik asia podcast awards 2024!

bawa nama malaysia ke peringkat asia, syok berjaya bawa pulang 3 anugerah terbaik asia podcast awards 2024!

Menurut Ketua Pengarah Astro Radio Priya Dharshini Prabakaran, kemenangan ini menunjukkan bukti kerja keras dan dedikasi semua yang terlibat dalam proses podcasting. 

“SYOK akan terus beri jaminan menyediakan kandungan berkualiti tinggi dan terus mengangkat nama Malaysia di persada podcasting Asia.

“Ia juga membuktikan, SYOK berjaya menarik perhatian pendengar di seluruh Asia dengan mengetengahkan kandungan Malaysia.

“Kemenangan ini juga akan menjadi motivasi kepada podcaster di seluruh Malaysia untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dan menghasilkan kandungan berkualiti tinggi berteraskan budaya Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Unit SYOK iaitu Stanley Lim juga berpendapat kejayaan SYOK ini adalah sangat bermakna buat pasukannya dan platform SYOK. 

“Memenangi anugerah-anugerah ini sangat bermakna bagi platform SYOK. Setiap podcast yang menang, sama ada 'Suited & Booted' atau 'Muzik Roundtable,' mempunyai kekuatan dan tarikan yang tersendiri.

“Pengiktirafan dari Asia Podcast Awards ini jelas menunjukkan bahawa SYOK berada di landasan yang betul, dan ini mendorong kami untuk terus meneroka batasan dalam penciptaan kandungan,”

“SYOK sekali lagi membuktikan industri podcast Malaysia mampu bersaing di peringkat Asia. Sama ada melalui fiksyen, temu bual, budaya, masyarakat, atau sukan bagi memenuhi citarasa pelbagai lapisan Masyarakat,” tambahnya.

Orang ramai boleh mendengar podcast SYOK dengan melayari laman web kami di syok.my atau dengan memuat turun aplikasi SYOK di Apple Store atau Google Playstore.

Sumber: Awani