Syarikat Penerbangan Dipuji Tukar Uniform Pramugari Dari Skirt Pendek Kepada Seluar

Syarikat tambang murah dari Ukraine, SkyUp dilaporkan telah menukar uniform yang dipakai anak kapalnya daripada skirt dan kasut tumit tinggi, kepada seluar dan kasut skeakers.

syarikat penerbangan dipuji tukar uniform pramugari dari skirt pendek kepada seluar

Pakaian yang diberi nama SkyUp Champions, adalah hasil kolaborasi jenama fesyen di Ukraine iaitu GUDU.

 

Pakaian itu diserikan dengan kot dan kain yang diselit pada bahu, direka seumpamanya bagi memberi keselesaan kepada pramugari dan menukar presepsi terhadap wanita.

syarikat penerbangan dipuji tukar uniform pramugari dari skirt pendek kepada seluar

Pun begitu, make up dan menggayakan rambut adalah masih menjadi kewajipan kepada mereka kerana ia melambangkan personaliti.

 

“Pramugari profesional pertama kali muncul hampir 100 tahun yang lalu. Selama tempoh ini, banyak yang telah berubah, dan yang paling penting, wanita telah berubah,"

“Perubahan ini memerlukan visi baru dan perubahan revolusi. Sekarang, kami memulakan perubahan ini, " kata SkyUp dalam satu hantaran di Facebook.

syarikat penerbangan dipuji tukar uniform pramugari dari skirt pendek kepada seluar

Tambah SkyUp lagi, pakaian bagi pramugara pula tidak berubah.

 

Perubahan ini nyata mendapat pujian dan sokongan daripada banyak pihak, termasuklah anak kapal sendiri.

 

Sebelum ini, perubahan bagi pakaian pramugari telah dibuat oleh beberapa syarikat penerbangan seperti:

  1. Virgin Atlantic yang membenarkan anak kapalnya tidak memakai make up
  2. Japan Airlines menghapuskan syarat kasut tumt tinggi dan membenarkan anak kapalnya memakai seluar panjang
  3. Norwegian Air membenarkan kasut bertapak rata.

 

Sumber: [1]