Sweetnya! Hyun Bin & Son Ye Jin Kongsi Foto Dari Majlis Perkahwinan Mereka Baru-Baru Ni

Pasangan selebriti Korea, Hyun Bin dan Son Ye Jin yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan mereka pada 31 Mac lalu berkongsi foto dari majlis gilang-gemilang mereka.

sweetnya! hyun bin & son ye jin kongsi foto dari majlis perkahwinan mereka baru-baru ni

Pada 11 April, agensi Hyun Bin iaitu VAST Entertainment memuat naik entri berupa foto baru pasangan itu di majlis perkahwinan mereka.

“Ini adalah VAST Entertainment. Pada 31 Mac, pelakon Hyun Bin dan Son Ye Jin menutup majlis perkahwinan mereka di tengah-tengah sokongan dan restu orang ramai. Sekali lagi, kami mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan anda,” tulis agensi tersebut pada ruangan kapsyen foto itu.

Difahamkan pasangan pengantin baru itu juga turut dilihat di Lapangan Terbang Incheon pada hari sama untuk menaiki penerbangan mereka ke Los Angeles, California bagi berbulan madu.

Terdahulu, Hyun Bin dan Son Ye Jin pernah membintangi bersama filem “The Negotiation” pada 2018 sebelum beralih kepada drama “Crash Landing on You” pada 2019.

Pada Januari 2021, mereka mengesahkan hubungan percintaan mereka sebelum akhirnya mengumumkan perkahwinan pada Februari tahun ini.

 

Sumber: [1]