Surat Rahsia Ditulis Ratu Elizabeth II Ini Hanya Boleh Dibuka Pada 2085

Mendiang Ratu Elizabeth II dikatakan telah menulis sepucuk surat dan menyimpannya dengan rapi dalam sebuah peti besi, dengan arahan untuk dibuka pada tahun 2085.

surat rahsia ditulis ratu elizabeth ii ini hanya boleh dibuka pada 2085

Ratu Elizabeth II yang mangkat ketika usia 96 tahun pada 8 September lalu, dilaporkan telah meninggalkan sepucuk surat tersembunyi di dalam Bangunan Queen Victoria, dengan nota itu dikatakan ditujukan kepada penduduk Sydney, Australia.

 

Apa yang terkandung di dalam surat itu masih belum dapat diketahui, namun yang jelas adalah arahan ketat untuk tidak membukanya sehingga tahun 2085.

surat rahsia ditulis ratu elizabeth ii ini hanya boleh dibuka pada 2085

Kakitangan, ahli keluarga Diraja yang lain dan penduduk Sydney ketika ini juga masih tidak tahu apa yang ada di dalam surat tersebut.

 

Apa yang boleh dibaca setakat ini adalah arahan Ratu, yang menyatakan dengan jelas bila surat itu akan dibuka, dan ia tidak boleh dibuka sesaat lebih awal sehingga memasuki tahun 2085.

 

Nota yang ditinggalkan oleh Ratu berbunyi: "Salam. Pada hari yang sesuai untuk dipilih oleh kamu pada tahun 2085. Tolong buka sampul surat ini dan sampaikan kepada warga Sydney mesej saya kepada mereka."

surat rahsia ditulis ratu elizabeth ii ini hanya boleh dibuka pada 2085

Surat yang ditinggalkan oleh Ratu ditujukan kepada "Yang Berhormat Datuk Bandar Sydney, Australia".

 

Bangunan Queen Victoria Building (QVB) telah dibuka pada tahun 1898 dan dinamakan sebagai penghormatan kepada Ratu Victoria.

 

Pada masa ini, raja British kekal sebagai ketua negara untuk Australia, dengan Raja Charles III mengambil alih daripada Ratu selepas kematiannya.

 

Sepanjang 70 tahun pemerintahan Queen Elizabeth II, beliau telah melawat Australia beberapa kali dan dikatakan telah membina hubungan yang sangat baik dengan negara itu.

 

Sumber: Daily Star

ARTIKEL BERKAITAN