Orang ramai berpeluang untuk melihat fenomena yang jarang berlaku dilangit pada Ogos depan.
Fenomena yang disebut sebagai “Supermoon” dijangka akan terjadi pada Ogos depan, yang mana bulan penuh akan berada dekat dengan Bumi pada orbitnya.
Terdapat dua kali kejadian Supermoon yang akan berlaku pada Ogos, yang mana ia dijangka berlaku pada 2 Ogos 2023, disebut sebagai Bulan Sturgeon “Supermoon” dan juga pada 31 Ogos 2023, disebut sebagai “Bulan Biru”.
Menurut laporan Time and Date, kali terakhir fenomena “Bulan Biru” terjadi adalah pada Disember 2009, dan seterusnya pula pada Ogos 2032.
Selain dua fenomena ini, Ogos bakal menyaksikan satu lagi fenomena yang jarang berlaku iaitu bulan baru mikro pada 16 Ogos, yang mana ketika ini orbit bulan berada pada kedudukan lebih jauh daripada Bumi.
Sekiranya cuaca mengizinkan, antara lokasi ideal bagi menyaksikan fenomena yang amat jarang berlaku ini adalah kawasan tepi pantai yang menghadap laut di sebelah timurnya, kawasan puncak bukit, tanah tinggi, di atas bangunan tinggi atau mana-mana kedudukan yang tiada halangan pandangan.
Sumber: Time and Date / Mint