Aktiviti Sukarela Perlu Wajar Dikira Sebagai Pengalaman Kerja

aktiviti sukarela perlu wajar dikira sebagai pengalaman kerja

Para majikan tidak kiralah daripada sector kerajaan atau swasta perlu menganggap kerja sukarelawan sebagai pengalaman bekerja.

Perkara tersebut telah pun diusulkan oleh Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negara, Abd Aziz Abd Rahman ketika ditemubual oleh Astro Awani.

“Sekiranya keputusan akademik tidak memberangsangkan, pengalaman sukarelawan itu dapat membantu, dan boleh dianggap sebagai pengalaman bekerja.

“Majikan juga sudah tentu mencari pekerja yang mempunyai elemen seperti itu sekarang, yang terlibat secara langsung dengan komuniti dan masyarakat, selain membuat kerja-kerja hakiki.

 “Jika mereka tidak pernah terlibat dengan masyarakat, bagaimana hendak terlibat dengan aktiviti Hari Keluarga dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dianjurkan syarikat, sekali gus menjadi pegawai yang bertanggungjawab?" soalnya.

Katanya lagi, kerja sukarela dijalankan secara sukarela. Jadi, perlulah dikira sebagai salah satu pengalaman kerja dan menjadi nilai tambah kepada mereka.

"Kalau dulu 'Saya yang menurut perintah', sekarang 'Saya yang menjalankan amanah.'

"Ini juga secara tidak langsung membantu golongan belia yang mencari pekerjaan pertama, kerana kebanyakan majikan mahukan pengalaman bekerja,” jelas beliau.
 

Sumber: Astro Awani